Monday, December 19, 2011

Wanita Solehah Idaman Lelaki Soleh


Wanita Solehah Idaman Lelaki Soleh.

"Jangan kamu kawini seseorang wanita itu karana kecantikannya,mungkin karana kecantikannya akan membawa kerusakan kepada mereka sendiri. Dan jangan kamu kawini mereka karana mengharapkan harta kekayaannya. Kerana mungkin harta kekayaan itu menyebabkan mereka sombong. Tetapi kawinilah mereka karana dasar agama. Sesungguhnya hamba sahaya yang hitam kulitnya adalah lebih baik jika dia beragama." (Riwayat Baihaqi)

Sabda Rasulullah SAW, " Seseorang wanita itu dikawini karana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Tetapi sebaik-baiknya pilihlah yang bertanggungjawab terhadap agamanya. Karana hal itu tentu akan menyenangkanmu." (Riwayat Bukhari, Muslim)

Andai mahu memilih pasangan,pilihlah yang beragama karana itu lebih baik jika mau dibandingkan dengan kecantikan ataupun harta kekayaan. Ini karana wanita solehah adalah harta yang paling berharga di dunia ini, sebagaimana kata Amar bin Ash, salah seorang sahabat baginda Rasulullah, "Dunia ini adalah harta. Dan sebaik-baik harta dunia ialah wanita yang solehah." (Riwayat Muslim)

Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat :34: "Wanita yang solehah itu ialah wanita yang taat kepada Allah dan suaminya, serta memelihara hak-hak suaminya sewaktu suaminya tidak bersamanya."

Rasulullah SAW Bersabda:

"Apabila Allah telah meletakkan rasa cinta pada diri seseorang di antara kamu, maka lihatlah wanita pilihanmu itu. Kerana yang demikian akan lebih jelas lagi dan dapat menimbulkan kerukunan di antara kedua suami isteri tersebut." (Riwayat Ibnu Majah, Tirmizi)


Wanita solehah idaman lelaki soleh.

Wanita solehah,tidak membelakangi pasangannya andai mau melakukan sesuatu perkara.Wanita solehah memerlukan keizinan pasangannya untuk melakukan sesuatu perkara.Wanita solehah sanggup berkorban apa sahaja demi pasangannya yang halal.

Allah Maha Adil,Dia bagi ujian dan cobaan pada pasangan suami isteri.Andai suami sakit,pengorbanan dan kesabaran seorang isteri diuji.Suami terlebih dahulu diuji dengan kesakitan dan sakit yang menimpa dianggap sebagai kifarah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil manakala isteri diuji untuk melihat sejauh mana kesanggupan untuk sama-sama menanggung cobaan dan ujian dari Allah.

Itulah pentingnya andai mahu memilih pasangan,pilihlah yang beragama.Sanggup susah senang bersama,bukan waktu suami sihat sahaja isteri setia bersama,bila suami sakit isteri menjauhkan diri.Wanita solehah tidak sesekali membiarkan suami menanggung penderitaan seorang diri,biarlah susah senang bersama andai itu takdirNYA.

"Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing"Peribahasa yang sangat sesuai untuk pasangan suami isteri.Susah dan senang diarungi bersama walaupun cobaan dan ujian melanda.Terima dengan ridha dan seikhlas hati serta yakin di balik cobaan dan ujian yang melanda ada hikmah yang tersembunyi.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Sesungguhnya, besarnya sesuatu ganjaran itu dinilai pada besarnya bencana yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah apabila mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diberi cobaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang ridha dengan cobaan yang menimpa, dia akan memperoleh keridhaan Allah dan barangsiapa yang tidak ridha maka dia akan mendapat kemurkaan Allah. (Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)

Sesiapa yang menyifatkan bala bencana yang menimpanya sebagai nikmat dan menerimanya dengan ridha akan mendapat balasan pahala daripada Allah, selain terhapus kekotoran dosa dan kesalahannya. Biasakan diri mengucapkan "alhamdulillah",bila ditimpa sesuatu bencana ataupun kesenangan,kerana ganjaran disebalik semua itu sangat besar.

Semoga kita semua menjadi insan yang soleh dan solehah serta mendapat pasangan yang soleh dan solehah juga.

Wallohu A'lam,,

No comments:

Post a Comment