Wednesday, March 14, 2012

Serba-Serbi Cinta

images
BUAT SI PEMBURU CINTA..
Setiap manusia akan melalui perjalanan cinta. Ada yang bernasib baik dan tak ketinggalan juga yang keciciran dalam mengejar kebahagian. Rasa cinta bersemi dalam diri secara alami bukan paksaan.
Cinta memang indah tapi bila cinta datang pada waktu yang tidak tepat dan pada orang yang salah, ia akan membawa masalah. Mungkin juga cinta membuatkan seseorang itu ‘buta’ sehingga tidak tahu menilai dan membuat pilihan yang tepat. Sebab itulah ia dikatakan salah dalam memilih tujuan manakah harus diletakkan perasaan cinta itu.

Apabila seseorang itu merasakan ada cinta wujud dalam dirinya, secara tak langsung ia akan mengubah paras testosteron. Ia adalah berdasarkan sekumpulan penyelidik dari Itali yang mengkaji tingkah laku orang yang sedang bercinta. Dimana paras hormon testosteron lekaki dan perempuan akan berubah bila mereka akan menyukai antara satu sama lain.
Namun perubahan ini tidak kekal lama dan akan kembali normal kembali. Testosteron adalah hormon seks dan menjadikan seseorang itu lebih agresif. Itu cuma fakta sains ynag dikaitkan dengan perasaan cinta. Namun tetap ada kebenarannya.
PENGORBANAN DALAM MEMBURU CINTA SEJATI.
Cinta sejati sememangnya memerlukan pengorbanan. Namun sejauh manakah kamu memahami istilah cinta sejati? setiap pasangan pastinya mau menganyam impian untuk membina sebuah mahligai yang bahagia.
Namun tidak semua cinta itu diakhiri dengan gerbang kebahagian. Ada orang bertahun-tahun menyulam kebahagian, namun gagal juga akhirnya. Ada juga yang hanya bertemu seketika, lalu jatuh cinta dan mampu mempertahankan kebahagian sehingga ke akhir hayat. Hanya takdir yang mampu menjawab persoalan seperti ini.
Pengorbanan yang dimaksudkan ialah mungkin kamu harus melakukan sesuatu perubahan dalam diri. Semua ini untuk menjamin perhubungan. Ada kalanya kamu juga terpaksa mengetepikan keegoan dan menangkis sikap keras kepala. Ada juga mungkin kamu terpaksa mengubah diri tetapi haruslah secara positif dan penuh keikhlas.
Jangan memaksa diri melakukan sesuatu dengan penuh keterpaksaan, jiwa akan tersiksa. Jika kamu mencintai seseorang, tak usah mengharapkan si dia akan mengasihani kamu sebesar perasaan kamu terhadapnya. Tetapi kamulah yang perlu memberi lebih kasih sayang dan sanggup berkorban.
BIARKAN IA BERLALU PERGI
Ada orang yang gagal melupakan cinta terdahulu sehingga sanggup menutup pintu hati untuk orang lain. Walaupun di hati mau cinta itu diteruskan, tetapi apakan daya andai takdir menentukan kisah cinta itu terpaksa dipisahkan Pasti ada sebab!!. Ironinya, terimalah penentuan itn dengan hati yang terbuka.
Lupakanlah cinta terhadap bekas kekasih kerana cinta kamu ini hanya akan membunuh segala rasa yang tersisa. Bila mencintai seseorang dengan setulus hati, pastinya kamu maukan si dia senantiasa bahagia biar pun kamu tidak mampu memilikinya. Biarkan bekas kekasih kamu bergembira dan membentuk hidupnya dengan cara yang tersendiri.
Untuk apa anda tangisi sebuah perpisahan yang sudah terjadi. Bukankah itu sudah ditentukan dan apa yang pasti kamu harus akur pada keadaan tersebut. Mungkin ini bukan masanya kamu bertemu dengan seseorang yang sesuai.
Ingat, takdir telah menentukan dia bukan pasangan kamu yang abadi dan pastinya kamu akan berjumpa dengan insan yang lebih istimewa. Cinta tidak pernah memilih. Cinta juga mungkin akan membuatkan kamu menangis dan menderita kerananya. Akan tetapi lukanya akan jauh lebih parah bila akhirnya kamu menyedari bahawa selama ini kamu kurang mengambil perhatian ketika bercinta.
Namun usahlah menyesal sebaliknya jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran yang mampu mematangkan fikiran. Tuhan tidak akan menduga hambaNYA di luar keupayaan dan kemampuan seseorang. Jika kamu menghadapai situasi sulit ini, maka jalanilah dengan perasaan yang tabah dan terbuka.
Tidak usah kamu menyulitkan lagi keadaan kerana ia bisa menenggelamkan kamu dalan fikiran yang salah. Lalu ‘menjunamkan’ diri kamu ke lembah penderitaan yang begitu menyakitkan.

No comments:

Post a Comment